Friday, October 21, 2011

Amalan Ibu Mengandung

Posted by Puan Arh_Kenny at 6:30 PM 1 comments
Assalamualaikum...

Just nak share amalan2 ibu mengandung dr Ustazah Siti Bahyah..
Mudah-mudahan kita mendapat zuriat yg soleh n solehah.amin..;)

Monday, October 10, 2011

Tanda-tanda hamil...;)

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:08 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Harap maklum.entry kopipes dr sni tp telah ditokok tambah dgn ayt sy.hehehe..

1. Payudara membengkak, terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.
(sy mmg terasa sakit sampai xleh sentuh mula2 di awal kehamilan dulu)

2. Keletihan

Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.

Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.
(letih btui. dah laa masa tu bln puasa. selesai solat isyak.terus baring pengsan sampai ke subuh. last2 terawih jarang pergi sbb sgt penat)
3. Berlaku pendarahan

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.

Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.
(alhamdulillah, xde pulak ada darah)

4. Loya atau muntah

Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.
(sampai ke hari ni. sy blum ada muntah. tp loya still ada. bau xkena ngan hidung pun jd loya semacam. lambat mkn pun loya. buat keja byk sket pun loya. kira satu hari mmg ada laa rasa loya n mual)

5. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.
(setuju yg ni. dulu sy suka bau deodorant suami. tiba2 jd xsuke n rasa pening bila terbau. kesian suami terpaksa cari deodorant yg sesuai dgn aroma hidung sy.hehehe)

6. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.
(kdg2 terasa igtkan buncit sbb selalu mkn lewat mlm.hehe)

7. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.
(selalu kencing sampai terasa bilik air tu kalau boleh bercakap mesti terasa bosan asik tgk muka sy sj.hehe.)

8. Tidak datang haid

Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.
(period lewat 2 minggu time tahu hamil)

9. Suhu badan meningkat

Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.
(setuju. sapa2 sentuh tgn sy mesti igt sy demam padahal sy tak demam pun.sampai last2 family risau suh sy minum air barli utk sejukkan bdn)

10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

1st test masa-28 ogos, 2 hari sebelum raya.

2nd test. hari yg sama tp melalui doktor pulak.

Klinik doktor nik apa yer. sy dah lupa tp yg pasti ppuan n doktor ni sgt baik.:)

doktor nik bg ubat asid folik n 2 jenis pil takut sy ada alahan. asid folik ni sgt bagus utk baby supaya dpt elakkan kecacatan janin. doktor bgtau awal trimester kehamilan, asid folik sgt wajib diambil kerana awal kehamilan merupakan waktu pembinaan tiub neutral. tiub neutral ni yg akan membentuk otak n saraf tunjang baby. mcm tu laa sy paham dr penerangan doktor.

***nti, ada masa sy letak gamba 1st dating ngan anak yer.hehehe.

Sunday, October 9, 2011

Anugerah tak ternilai dr Allah swt.....;)

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:29 AM 1 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sbnarnya dh lama nk share kt cni mengenai berita gembira ni tp tgh tgu masa yg sesuai sket. sy sdg membawa anugerah yg tdk ternilai dr Allah swt. Syukur sy panjangkan ke hadrat ilahi. Allah swt kurniakan rezeki n permata yg sgt berharga kpd sy n suami..

Sy dpt tahu masa bln puasa yg lepas. mula2 sy syak saja sbb period dtg lambat tp masa tu xnak berharap sgt takut kecewa. 2 hari sblum raya, suami desak sy suh test air kencing. tp, sy tgh ragu2. sy takut negatif. bila check, terkejut tgk positif. kelu tak terkata masa tu. panggil suami suh tgk. muka dia gembira jaa.tp, sy pulak rasa tak konpiden. bgtau kt papa n mami sy. bleh mami sy senyum. dia kt dia mmg dh syak sbb nampak sy sgt lain.

suami beriya-iya nk bgtau ma sbb dia jeles family sy dulu lebih tau. hehe..;p. sy kata nti dulu sbb sy pun tak yakin. sekali ptg tu jugak suami ajak g klinik. melilau kami cari klinik doktor perempuan. perasan tak kalu kita tak cari, byk je jumpa.sekali bila kita nak cari, susah pulak. asik jumpa dr laki ja. suami suh masuk jugak.sy tetapkan hati sy nk doc ppuan jugak. sekali suami pun mendrive sampai ke kota bharu..hehehe..tak bleh lupa time tu..akhirnya jumpa jugak doc ppuan. alhamdulillah, doc pun sahkan kehamilan sy berusia 5 minggu.

senyum sampai ke telinga time tu. tepon papa bgtau sekali lg.papa suh sujud syukur. suami bertambah jeles lg sbb family dia still xtau. hari tu jugak, dia ajak sy blik umah ma sbb nk bgtau family dia pulak.yg lawaknya, kami sampai umah. bila suami bgtau. ma senyum lebar n bgtau dia mmg dh syak bila sy mengadu lenguh kaki n kram masa bulan puasa dulu. org2 tua ni mmg sgt hebat kan? dr tgk mcm tu pun dh bleh agak kan? hehehe.

Doakan sy agar sihat n selamat membawa anak ini. sekarang ni, kandungan sudah masuk 3 bulan. baru 1/3 lg perjalanan. jauh lg perjalanan, doakan agar kami dapat melihat dan menjaga anak ini... :)

***sekarang ni, sy tdk 'keseorangan lg d miri'. ada 'anak' yg temankan..;)

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...;)

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:19 AM 1 comments
Assalamualaikum....

sy skang sdg ber-on9 di lcct. pakai free wifi klia.
busy sket 2-3 mggu, xupdate blog.membereskan kerja2 sblum balik bercuti raya...

Alhamdulillah, syukur kepada ilahi.
Tahun ni, pertama kali beraya dgn status seorang isteri.
Raya pertama kali ni disambut di rumah mertua bersama suami tersayang..:)

Flight saya ke kota bharu pukul 9.30am.
ada 2 jam lgi... cepat laa masa berlalu...
Tak sabar nk dating n jumpa suami nih..!! :)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin kepada umat islam.
Yg drive balik kg tuh, hati-hati ketika memandu.
Biar lambat asal selamat.
Ingatlah org yg tersayang..;)

*** tahun ni, kami raya tema maroon.anda??

Saturday, August 13, 2011

Sepatu putih

Posted by Puan Arh_Kenny at 6:05 PM 0 comments

Assalamualaikum....

Pandangan dari depan.......

Pandangan dari sisi.....

Yer, kami dua2 minat sepatu putih... !!!

***wpun org kt kasut sy putih cam kasut nurse.tp, sy peduli apa.hehehe

Wednesday, August 10, 2011

Berbaloi-baloi kan??

Posted by Puan Arh_Kenny at 10:05 PM 2 comments

Assalamualaikum

ini gamba 1 jun 2011

dan............

ini gamba terkini (10 ogos 2011)

inai d jari sedang berusia 2 bulan 1 minggu 2 hari...

jd sgt berbaloi-baloi.

xsia2 sblum nk pakai inai, gigih google cari ramuan inai...hehehe

*** sy pun igt2 lupa. ramuan ni pakai daun inai yg segar dipetik dr pokok.
tp, ada letak beras, minyak kapak, limau kasturi n air bacuhan serbuk teh pekat. byk mana nk letak tu, sy tak igt.hehe...;p
Posted by Puan Arh_Kenny at 3:58 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Jam di dinding menunjukkan pukul 3.30pg (tipu..tipu.. sy mana ada jam dinding. jam hello kitty ade laa...;p) 3.30pg?? dan sy blum tdo lg?

buat kerja laa apa lg...huhuhu...

sy dan tapak nkra adalah best fren skang.kira mmg xleh berpisah. tp, ada jugak time2 sy gaduh ngan dia bila dia buat hal. iya laa siapa tak bengang. click2 n tgu2 sekali tak kuar. tiba2 kuar msg warning error loading n tubik digit2 yg ntah2 apaa-apa tuh. harus laa sy sentap n kdg2 rasa nk cakap bahasa german tuh. eghdhshds.. hhgbgj.....hghgbjgh... argh.. argh.. argh...!

tak boleh cakap bahasa german lama2 nti korang tak paham..;p

ni pun masih ada lg keja yg pending...

1. laporan lawatan penanda aras pengurusan LINUS (yg ni 8 ogos pergi, klu ada masa sy upload gamba. alhamdulillah PK Petang tak tya lg pasal ni..)

2. minit mesyuarat Program LINUS (pg td..eh pg smlm.ni dah masuk hari lain dah)

3. BBM LINUS (yg ni dari bulan lepas lg dok pending. sbb baru nak buat.kerja lain yg lebih penting harus diutamakan)

4. Update fail mana yg ada. (yg ni kdg kala curi2 masa time p&p. time budak dok khusyuk wat keja. sy g laa tgk2 fail2 mana yg terbongkai )

5. kerja susulan (mark buku budak n lembaran kerja, check lembaran kerja utk p&p akan dtg, laporan prestasi budak etc)

yg kat atas tu, sy baru senarai kerja2 berkaitan LINUS. blum lg masuk PIBG, Perpustakaan, RMT.huhuhu... (byk btui keja sy...huhuhu.nasib baik suami dok jauh n tak de anak lg. kalau tak, mau merajuk suami kang sbb sy asik dok mengadap keja ja kan?)

*** harap maaf,entry di atas adalah luahan sy di awal2 pagi sambil buat kerja sambil tggu waktu sahur... jd sy pakai taip apa yg terlintas dlm kepala.bahasa agak berterabur...

Monday, August 8, 2011

oh..nkra...

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:58 PM 2 comments

Assalamualaikum...

Harap maklum.

Sekarang sy sedang sibuk mengisi data linus di tapak nkra.

Busy..ooo..busy...

Hari ni 8 ogos.

Ada masa 4 hari lg sebelum tapak nkra ditutup...

Kejar masa..kejar masa..kejar masa...

*** Semua dah pakai online skang...

Wednesday, August 3, 2011

29 julai 2011....;))

Posted by Puan Arh_Kenny at 8:31 PM 0 comments
Assalamualaikum...

cepat btui masa berlalu. mcm smlm jaa sy rasa dok menghitung hari ke 29 Julai.
tup..tup.. skang dah masuk ogos.

Ada apa dgn 29 Julai ni??? cer cite cer citer... hehe

my chenta hati a.k.a suami terbang dgn jayanya meredah laut china selatan utk bersama dgn isteri...sy sgt2 suka... kira mcm honeymoon kali ke2 laa ni.. bila dok berjauhan mcm ni laa..

kami plan tempat tinggal,pakaian, lokasi mkn angin n segala benda mcm nk honeymoon..
walau tak sehebat honeymoon org lain yg bleh sampai bali, medan, itali, china. yg penting kami happy menghabiskan kualiti masa bersama tak kira tempat.
tggu suami kaya laa kot, bleh honeymoon jauh2 sket..hehehehe

nk buat mcm mana kan,sy tak mcm suami isteri yg lain. time2 cuti jaa laa bleh dating secara halal gni..

sbnarnya nk upload gamba yg sempat dsnap tp internet sengal2 kutu sket. malas sy nk tggu dia upload. nti bila dh laju sy upload itupun klu mood rajin..hehe

*** tgh sibuk nk key in data saringan linus dlm tapak jpn sarawak. mggu depan kena key-in data yg sama dlm tapak nkra online pulak. serius. keja cikgu makin lama makin beban...!!

Thursday, July 28, 2011

Jom kongsi2..

Posted by Puan Arh_Kenny at 12:28 AM 2 comments
Assalamualaikum...

Dah nama blog, semua org bleh baca kan?

apa kata kali ni, kira entry kongsi2 idea n bg cadangan pulak yer.so, sy ingin menyeru klu ada silent reader yg baca entry ni, rajin2 laa komen yer..

mcm ni, sy ada membe. baru posting kt sekolah cina. dia tgh pregnant. masalahnya, dia beritahu ada masalah dr segi mengawal murid2 cina. murid2 dia sgt nakal n aktif. boleh dikatakan satu kelas.jd, dia beritahu dia selalu stress n marah. so, not good for baby kan? kesian dia. sy hanya suruh dia bersabar. sy nk bgtau lebih2 pun sbb xde pengalaman mengajar budak cina. kalau ajar budak iban, at least diorang still paham jugak bahasa melayu.

yg membe sy ni dia bgtau ada 2-3 org jaa paham bm. so, ada masalah komunikasi di situ. membe sy ni bgtau kdg dia mcm cakap sorang2 dlm kelas, kesian pulak.

cadangan sy adalah dia amik kelas bahasa mandarin. supaya at least masalah komunikasi antara guru n murid ni dpt diatasi. tp, tu laa kwn sy tgh pregnant skang. guru punye bebanan tugas yg lain dh byk. nk kena pergi kelas mandarin pulak kan. mm... sy pun tak tau laa.. sekadar cadangan..

korang kalau ada pengalaman or nk bg cadangan, dialu-alukan komen yer...;)

*** Sharing is Caring..;)

Tuesday, July 26, 2011

diari pemulihan part 1

Posted by Puan Arh_Kenny at 9:28 PM 2 comments
Assalamualaikum...

selalunya klu sebut guru pemulihan, mesti dh terbayang murid2 dia adalah yg jenis slow2 belajar klu nk banding dgn kwn2 seusia dia.

tak kurang jugak org melabelkan guru pemulihan adalah sbg pengasuh utk murid2 yg bermasalah tingkah laku. kiranya murid ni pandai tp sbb dia nakal n suka mengacau kawan2 dia.jd diasingkan n dletakkan di bawah guru pemulihan.

maafkan sy klu ada yg beranggapan sedemikian. fungsi guru pemulihan adalah bukan itu sbnarnya. jika anak itu pandai, kenapa perlu dletakkan di dlm kelas yg agak rendah tahap pengajarannya. bukankah ia telah merugikan masa depan anak itu. sepatutnya guru melakukan eksperimen n kajian kenapa murid ni aktif n suka mengacau kawan. bukannya mengambil jalan pintas dgn menghantar ke pemulihan. sebenarnya ia bergantung pada kaedah cuba jaya. hari ini, kita cuba langkah A, tak berjaya cuba langkah B dan seterusnya sehingga masalah dapat diatasi. sbb kita dilahirkan sbg manusia yg lemah namun pengalaman demi pengalaman itu yg akan mematangkan kita.

sy pernah mempunyai murid pemulihan yg hanya suka bermain. jd, sy cuba bermain psikologi dgnnya. jika dia mahu bermain, jd sy terapkan p&p secara permainan dgnnya. dan sekali sekala, sy gunakan kaedah win-win dgn nya. sy beritahu dia jika dia dengar cakap sy n buat apa yg sy suruh, sy benarkan dia bermain setelah kerjanya siap. alhamdulillah berjaya.

Namun, ada juga kdg2 teknik sy gunakan ini tidak berjaya memancing budak lain. pernah suatu kali, sy berhadapan dgn seorang murid yg tidak boleh duduk diam. ada saja yg dikacau n boleh menganggu perjalanan p&p sy kerana terpaksa mengawal dia. sy guna kaedah bermain, dia lagi bertambah nakal n sukar dikawal. sy gunakan kaedah kekerasan , lg dia melawan. last2, sy cari kelemahan dia. rupa-rupanya dia sgt suka minum air. bekas air yg dia bawa sgt besar n sekali tgk kita mcm tak percaya itu adalah bekas air utk murid tahun 2. jd, sy tahan n simpan bekas air dia. jika dia belum siap kerja, dia tidak dbenarkan minum air. alhamdulillah berjaya n dia dgr kata sy.

sekarang ni sy ajar anak2 murid sy. jika buat salah, mengaku dan cakap maafkan saya. contohnya, kalau ada yg koyakkan buku. bila ditanya. semua tak mengaku n malah menuding jari pd kwn2 lain. jd sy terapkan jika buat salah. jgn takut mengaku n ucapkan maaf. alhamdulillah, sudah ada beberapa murid sy yg berani berdepan dgn sy bila buat salah n ucap maaf. malah siap bersalam tgn dgn sy. sejuk ati kita sbg guru.

tp, kita sbg guru jgn laa bila murid dh mengaku salah. kita melenting marah n pukul dia. sepatutnya kita harus menghargai keberanian dia untuk mengakui kesalahan. berikan kata-kata nasihat supaya dia tidak mengulangi kesalahan.

jumpa lagi di entry diari pemulihan part 2...!

*** sy jd terharu jika dtg sekolah terjumpa bekas murid pemulihan. diorang akan dtg pd sy n ucap selamat pg sambil salam tgn sy. cepatnya diorang membesar....! terasa baru semalam mengajar diorang..

Monday, July 25, 2011

teka gugi..

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:24 PM 2 comments
Assalamualaikum..

korang mesti tertanya-tanya apa benda 'teka gugi ' ni..hehehe

mcm ni, sy setiap kali abih p&p sy ajar murid2 xkira melayu, iban or cina dtg salam ngan sambil sebut "terima kasih cikgu"

so, kdg2 bdk ni lari cepat kt sy n salam pun cepat2 sbb nk rush msuk kelas pulak. jd, sy xpenah nk perasan diorang ada sebut ke tak "terima kasih cikgu" time salam.

td, sempat ada masa 5 minit. jd, sy perhati n dgr sorang2 murid dtg salam n sebut sampai turn sorang murid ni. dr blkg kwn, sy nampak kelibat dia mcm xsenang duduk n gelisah. bile dh jd cikgu 2-3 thn ni, kdg2 kita dh bleh blaja bahasa badan murid kita. sy dh perasan mesti ada yg tak kena. sampai laa turn dia salam. dia tunduk n cakap slow2 ngan sy. sy minta dia repeat sbb sy xdgr. dia pun cakap kuat2 n xberapa yakin."teka gugi"

tersenyum sy kat situ. patutla dia rs xsenang hati. murid ni bukan kategori pelat or ada masalah pertuturan. dia rs xsenang hati sbb dia xkonfiden btui ke ucapan ni yg patut dia ucap. sy pun cakap laa bahasa yg betui. terima kasih cikgu.

dia ulang balik. terima kasih cikgu n sambil senyum sipu2.. hehehe

sy suka bg kata semangat pd anak murid. antara kata2 yg sy selalu ulang n soal diorang..

"Kalau nak pandai, kita kena..............."

"USAHA...!!!"

diorang akan jawab kuat2 sambil genggam buku lali kanan. dan itulah kekuatan bg sy untuk terus memimpin n mengajar mereka hingga pandai..

***terbaca artikel majalah. guru adalah JURUTERA SOSIAL.. klu bkn kita sbg guru nk bentuk diorang menjadi manusia berguna, siapa lagi.....?

Wednesday, July 20, 2011

ku menanti...

Posted by Puan Arh_Kenny at 5:24 PM 2 comments

assalamualaikum....

dlm byk2 ari bln ni, 29hb julai ni paling sy suka..
bgn tdo, dok kira ari saje.
lambat nye 29hb..
cepat lah datang..huhu..

td, kt sekolah.
ramai yg tegur kt muka sy makin berseri-seri sejak kawin.
hehehe..
so, korang kt luar yg blum kawin.
cepat2 kawin nti dpt seri kt muka.. hehe..;p

ada apa dgn 29hb julai???

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu................

***lalalalala.. senyum sampai ke telinge..;p

Sunday, July 17, 2011

model kanak-kanak.

Posted by Puan Arh_Kenny at 6:23 PM 3 comments

Salam, harap maklum.

sesiapa yg nak pakai model kanak2 utk iklan pakaian kanak2 boleh contact sy.

Nama glamer model : Awin

Umur : 4 tahun

Pengalaman beraksi model : 2 tahun

Kualiti dijamin memuaskan kerana awin seorang kanak2 yg fotogenik n suka beraksi tanpa disuruh. hasil berkat didikan+asuhan+latihan dr mama, abah, n mak serta pak sedara yg rajin mengambil gamba beliau..hehe...

*** saje kasi lawak santai merapu kt korang d hujung minggu ni....hahahaha

weehuu...my 'bukunota'

Posted by Puan Arh_Kenny at 5:56 PM 0 comments
Assalamualaikum...

weehuu...

sy sudah selamat membeli notebook.

apa yg penting n paling sy teruja tahap gaban, of coz laa notebook sy kaler pink..!
diulangi kaler pink..!!!

sy suke-suke-suke...! hehehe..

time msuk maktab dulu, dh lama berhajat nk beli laptop pink. zaman tu laptop laa, mana ada kecik2 cam notebook ni. tp harga mahal siot..

sy pulak blaja kt maktab. elaun kpli paham2 je laa byk mana.
family pulak bukan jenis dr family yg kaya raya.

so, tpaksa redha beli laptop yg mampu dbeli stakat itu..
gune laa sampai posting miri.
laptop tu still berbakti sehingga laa pd tanggal 10 Julai. lcd skrin laptop tu jd gelap n tak kuar gamba. pergi tya kedai komp, harga nk tukar lcd laptop plg minimun adalah rm5oo ke atas.

so, survey2 notebook kt ctu skali tjumpa notebook pink ni n harga adalah mampu dbeli pd saat ini.. alhamdulillah berkat gaji menjadi pendidik di bumi kenyalang ni..

so, lihat laaa my 'baby'

waa..over di situ pakai perkataan baby..hehehe

dok sembang2 ngan membe ni skali dia perturun tips pasal nk jaga 'bukunota' ni

1. notebook sgt sensitif dgn HABUK. so, make sure korang rajin2 laa jenguk n vakum keypad n check2 blkg dia takut ada habuk terlekat ke. ada specific vakum utk sedut habuk kt notebook/laptop ni.

2. kalu boleh jgn guna notebook n bateri serentak. nti bateri dia xtahan lama. guna bateri sampai habis btui2 br caj. kalu nk guna notebook lama2 n tgk movie ke better buang bateri dia. n beli laa cooling pad supaya dia tak panas sgt. notebook ni sensitif juga klu panas2 sgt.

3. satu lg, guna laa notebook di atas meja. jgn praktik g letak atas katil sbb dikhuatiri akn menutup lubang perudaraan. bila lubang ni tertutup, notebook akn cepat panas. satu lg, takut atas katil korang ada habuk2 ke kan.

*** ( tp, tips yg last ni mmg terkena btui2 atas btg hidung sy sbb sy jenis suka layan citer korea/japan. mcm xbest jaa tgk dr meja. mestilaa kena tgk santai2 dr katil kan. so, mulai ari ni sy dh bjanji takkan buat dah supaya notebook pink sy hidup dgn selamat n selesa.
hehehehe.
;p)

Iris -awie

Posted by Puan Arh_Kenny at 5:01 PM 2 comments
Assalamualaikum..!

Td, sy 3G dgn suami. sy bgtau dia sy rindu dia sgt2..

Terkedu dia sekejap, lantas dia nyanyi lagu Iris-Awie utk sy...

Yg ni buat sy makin syg pd suami..!

Klu sy tak syg, sapa lg nk syg kan? kan? kan? hehehehe...;p

Terus search kt you tube cari lagu iris awie..

Takde laa pulak.. kecewa.. ada video ni jaa..

layan je laa.....

video ni medley lagu awie-ukiran jiwa-ratuku-iris..

sy paling suka bila tang suami nyanyi part ni...

Kau masih ku cintai...sungguh
dari awal dulu hingga hari ini
aku pasti seyakinnya pasti
kaulah satu untukku

kau masih dewi hatiku...sungguh
biar sejuta tahun hilang di hari
usah gusar...sayang...usah ragu
aku milik mu

*** hitung hari utk 29 Julai ....suke-suke-suke...:))))

Saturday, July 16, 2011

Sebetulnya....

Posted by Puan Arh_Kenny at 10:47 PM 0 comments
Assalamualaikum...!

Sebetulnya....
Saya sgt rindu pd suami saya.....

Sebetulnya.....
Wpun saya berlagak happy ttp di dalam hanya tuhan yg tahu....

Sebetulnya....
Saya sgt jeles apabila melihat kwn2 sy dpt bersama dgn suami mereka ttp saya....

Sebetulnya...
Wpun saya hari2 bhubung dgn suami-sms,mms, calling n 3G tp rasa itu masih tetap tak sama..

Sebetulnya...
Saya sentiasa berharap hari2 cepat berlalu supaya sy dapat terbang pulang ke sisi suami yg tercinta..huhuhu..!

*** entry hari ini bersifat emo-emo si ikan nemo ..huhuhu

Saturday, July 2, 2011

Beli keropok lekor pakai no?? class gitu...

Posted by Puan Arh_Kenny at 8:02 PM 2 comments
Assalamualaikum...

Ok, hari ni mau cite pasal our honeymoon. Dh lama sbnrnya, tp br nk story-morry kt cni.. sori yer korang..kat mana? dekat je Terengganu.hehehe..

Suami tgh khusyuk bawa keta, Isteri tgh khusyuk amik gamba.
Sampai suami tya apa kes, amik gamba tgn saja?
Isteri hanya menjawab "Ini seni laa" (Padahal ayat cover..hahaha)

Suami bawa sy pergi mkn makanan fames kt tganu.. apa dia?? sotong celup tepung kat pantai ketapang.. (eh, btui ke nama pantai ni..lupa nk tya blik suami) selalu kan sy dok dgr cite org kt sotong celup tepung best. sy dgr sampai kecur air liur. sbnarnya, sy tak penah bgtau hal ni pd suami pun tp tetiba dia ajak g mkn situ.. mmg sedap giler.. menyesal tak order byk2.

die punya sotong lembut2 n xliat pun nk kunyah. sambil tulih entry masih terbayang betapa sedapnye rasa sotong tersebut.. hehehe..kitaorg sempat mkn ikan celup tepung n keropok sama. so, sy mg suggest la kt korang. kalu g tganu, mesti kena try sotong celup tepung..

sy mkn dgn lahapnye sampai lupa nk amik gamba.bile dh siap mkn tinggal tulang n sepah tepung goreng tu baru teringat.ala lupa nk snap gamba. takkan laa nk amik gamba tulang ikan pulak yer. suami kt lain kali kita amik gamba byk2.

lepah tu, kitaorg meneruskan misi seterusnye iaitu mencari keropok lekor. Suami bgtau ada satu tempat jual keropok lekor sgt sedap. of coz laa sy sgt sgt teruja bila dgr perkataan 'makanan' n 'sedap' ni. terus paksa suami cari n bawa tempat tu.. tapi, bila dh sampai tempat tu, sy siap terkejut. suami pun mengeleng kepala. nak tahu kenapa??

..........

nak beli keropok lekor kt situ, kena pakai no giliran...!!

tak percaya??, sy kasi korang tgk yg besar punye..

Class kan?? sy jd jakun sekejap. tak penah2 sy tgk org jual keropok lekor pakai nombor giliran. igtkan kt bank n pejabat pos je.. jgn main2 yer, hanya di terengganu saja ada mcm ni.
B.T tu suami kt maksudnye Bukit Tambun.

Kitaorg punye 1374, no sekarang 1269. korang kire laa sndr berapa lg ada org kt depan kitaorg. ramai gile org kt kedai tu. Suami bgtau dia pun pelik sbb selalu time die beli xde pulak pakai no. agaknye time tu cuti sekolah n ramai org serbu.sebab tu laa pakai sistem no mcm ni kan.

lama gile kitaorg tunggu. sambil tunggu no panggil, sambil tgk org. sy dh sampai tahap tepu bosan, paksa suami posing pulak.hahaha

muka suami toyee je.. kesian yer kena buli ngan isteri...hehehehe

last2, berjaya laa jugak kitaorg beli keropok lekor.. :))

*** abih honeymoon edisi mkn2, nti ada masa sy cite honeymoon edisi jln2 pulak yer.. hehe

Thursday, June 30, 2011

'puan' arh..*wink-wink-wink

Posted by Puan Arh_Kenny at 8:34 PM 0 comments

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sy sudah selamat memegang status 'isteri' org..hehe..
Suami pun sekali lafaz ja, walhal pd mlm akad tu, sy punye berdebar gile mcm laa sy yg akan sebut depan tok kadi.. hehehe...

Mcm tak percaya jugak sy dh jd isteri org. sy hanya sempat memikul tanggungjawab sbg isteri selama seminggu n kemudian sudah fly-fly ke miri meninggalkan suami tercinta.. huhuhu..
sedihnye..

Kini, sy kembali seperti rutin hidup bujang cuma kali ni bujang yang dah tak available le.. ;p.. Bile msuk sekolah, semua urusan rasmi n surat menyurat sudah ditukar pd 'puan'. Kalau dulu terang2 kt depan nama 'cik'. terasa mude2 gtu bile ada nama cik ni. hehe..

Hari-hari berlalu sy hanya mengulum rasa rindu pd suami. Laut China Selatan pemisah kami.. nasib baik laa teknologi pun sudah maju.. tiap2 hari, mesti video call guna 3G. tak kira siang mlm.. nk jugak check dia pakai baju apa, mkn apa. Suami pun sama naik rindu. kdg2 dia 3G, selang berapa jam lepah tu sy pulak 3G dia. Lawak pulak kitaorg nih. kira, hset tu dah jd bestfren kami dua.. Terima kasih pd Celcom, bleh laa kami 3G lama2.. hehehe..

*** Lepah ni dah kena tuka Cik Luva Arh pd Puan Arh Kenny...hehehe

Wednesday, May 18, 2011

Cite pasal gam gajah....

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:42 PM 1 comments
Assalamualaikum...

ada satu hari tu, xigt bila tp rasanya dlm 2-3 minggu lepas kot. sy punye wedges shoes tercabut tapak. aduh, susah hati sy. sbb sy suka pakai wedges tu. selesa n rasa confiden je pakai g ngajar. sampai penah anak murid tegur.

"Cikgu, bila sy dh besar nti. sy nak beli sandal mcm cikgu.."

betapa hebatnya wedges sy d mata murid tersebut..hehe..

wedge sy tu ala2 mcm kt atas ni la.kaler silver n ada diamond kt tengah.

bile dh rosak, susah hati btui sy. sy ni jenis ada naluri suka baiki brg sendiri.(kdg2 berjaya baiki tp ada juga sy menjahanamkan sekali brg tu..hehehe) sy belek2 wedge tu sekali hati ni confiden jaa.

"ala, senang jaa ni. taruk gam gajah jaa kat tapak. nti letak brg2 berat atas tu kasi lekat kuat.."

mmg konfiden sekali. lalu sy memulakan projek hentam keromo sy itu. tp, korang tahu tak apakah yg telah terjadi?? berjaya atau tidak??

Cube teka....

...................

...................

.....................

korang nak tahu... dh nama gam gajah. sy terlalu excited repair sampai lupa gam itu bukan sebarang gam biasa. sy punya ibu jari, jari kelingking n jari tengah tgn kanan sy telah melekat. cuak sy... panik... apa nak buat nih... habis laa.. tu laa pepandai sgt main gam gajah. dah nama gajah bukannya tikus..

sy lari2 cepat g basuh tgn kat sinki dgn harapan gam tu hilanglah n sy dpt leraikan cantuman jari2 sy. malangnya hampa.. terus blank. xtau nk buat apa. last2, call papa. sbb dia slalu ada solution. papa kt guna minyak petrol or thinner. tp, mana nk cari memalam ni...??? last2 papa kata gunalah minyak masak n garu2 kt dinding kasi keluar gam. xpun guna pisau? apa?? oh, no...!

mati kutu sy jadinya. akhirnya terpaksa laa jugak guna minyak masak. sy tenyeh n garu2 guna kuku. nasib baik kuku pjg xsempat potong agi. ada dekat sejam jugak sy berhempas pulas. finally, berjaya tetapi jari2 tu mcm kasar sket jdnye.. tp, lega.. alhamdulillah...

beberapa hari kemudian.............

sy call cik tun. check aktiviti dia. sekali dia kata tgh dok kikis jari sbb terkena gam gajah. gara2 nak baiki barang... hehehe... kebetulan jaa kitaorg ni sama peel suka baiki barang sndr...

sy pun apa lg konfiden je g jawab kat dia. alah, guna petrol n thinner jaa.. berlagak padahal dah terkena sebelum ni... hehehe..;p

xpasal2 cik tun percaya sy sgt hebat dgn ilmu sebegini. hahahaha...

***siapa yg bg nama gam gajah? kenapa tak gam beruang ke.. gam dinosaur ke..hehe

Tuesday, May 17, 2011

kejar masa...tut..tut..

Posted by Puan Arh_Kenny at 9:04 PM 0 comments
assalamualaikum..

sy sgt sibuk skang.ok, kami dah masuk sek baru. nti ada masa sy letak gamba kelas baru sy. skang ni, xsempat nk bergambar lg.fail2 n kertas masuh bertimbun. tak bersusun.

minit2 mesyuarat masih ada yg blum beres. sy pun xtahu laa tahun ni sy famous jd setiausaha. pibg, linus n terbaru keceriaan kelas. yg ni baru ditubuhkan sempena sek baru yg mana ahli2 ajk adalah guru kelas. adakah kerana mereka menganggap guru pemulihan khas tiada kerja?? marilaa kita renung2 kan...

terbaru, gb minta setiap guru perlu ada fail meja n fail timbul. yg ni jgn tya sy fail apakah itu.sy pun masih blur. kalu ada yg tahu, bleh bgtau sy.

check situ sana sini, ada berapa hari lg nk cuti. yg mana sy akan bertukar status. lepah ni akan letak Cik Puan Luva Arh pulak..hehehe..

Check my preparation. rupanya sy masih blum buat penunjuk arah kt rumah. yg ni kena buat sbb kt rumah xde printer n mesin laminate. blik nanti takut tak sempat nk buat. call papa td, dia baru siap cat ruang tamu. tp, sy sedikit risau. kenapa? dia cat ruang tamu dgn kaler biruu laut...
adakah ianya akan masuk dgn deko pelamin yg warna pink? marilah kita sama2 renung2kan.....

*** kdg2 bile keja byk mcm tu, rasa mcm nk tdo n malas buat apa2 dgn harapan kerja tu akan buat sndrnya tp hampa ianya tidak berlaku sedemikian..................:(

Sunday, May 15, 2011

Selamat hari guru...:)))

Posted by Puan Arh_Kenny at 5:16 PM 1 comments
Assalamualaikum.

Esok, 16 Mei. Hari guru untuk semua guru2 di malaysia. Dulu, masa kecik2 time sek slalu dok tgk cikgu2 happy sambut. masa tu innocent. tak rasa apa2 n pelik kenapalaa cikgu2 ni happy tui. tambah2 bila ada sukaneka yg mana semua cikgu2 join n kami murid2 jd tukang tonton.

dan, sekarang bila besar n bergelar seorang GURU. baru paham. di hari bersejarah itu, kami guru2 akan diraikan n lagu wajib sekolah sy. Pelangi :Biarku menjadi lilin. Serius, setiap kali bila nyanyi ramai2 lagu ni, sy mesti nangis n sebak. dh nama menghayati bait2 lirik dia kan...;p

bg, korang yg tahu lagu ni. bleh klik video kt bawah yer..;)

kalau nak senarai nama2 cikgu yg banyak berjasa dlm hidup sy. dr sek ren, sek men n mrsm. mmg byk. tp, cikgu yg paling terkesan d hati sy adalah cikgu Mat Daud. Dia ajar matematik. masa tu kami darjah 5. bayangkan laa masa dia mula2 pegang kelas sy. xde langsung yg dapat A dan B.klu yg dpt C. adalaa sorang 2-3 orang kot yg tersesat g lulus sbb mungkin kebarangkalian menembak jawapan objektif pada saat itu adalah btui. sifir tak payah citer. setakat sifir 2 n 3 jaa kami igt.. jd, cikgu mat daud masa mula2 dpt kelas kami. dia sgt garang. kira kami sangat sangat sangat takut bila dia masuk. cukup tak kata penguat dr sy. betapa nk mengambarkan kami semua dlm ketakutan. penah dia denda semua murid termasuk sy lari dlm padang n sentuh hujung pagar sekolah bila mana kami semua gagal dalam math. walaupun padang sek tu luas n nk berlari ke pagar hujung sgt jauh. tp, kami redah juga sbb takut punye pasal. bdn cikgu Mat Daud tak payah citer. badan besar n tambah2 misai putih lebat dh cukup buat kami semua gerun.

Dia selalu bg kami banyak latihan. latihan dlm buku teks yg kadang2 sampai 5-10 muka surat. klu tak siap kerja rumah, bersedialaa bahu kami untuk dicubit. pedih woihhhh.. sy punye tak tdo mlm sbb nk buat kira2 sampai papa (ayah sy) join skali jawab utk sy. takut punye pasal. dia msuk kelas n cakap esok nk soal sifir 4.mlm tu hafal laa sy. esok, dia suruh semua berdiri n tya sorang2.tak dapat jawab, cubit bahu.sy mengaku dulu time sek sy bkn pandai sgt math. cukup2 mkn jaa. ada nasib lulus gred C n kdg2 gagal. tp, sbb penangan takut pd Cikgu Mat Daud. lama2 sy jd improve n dapat B n akhirnya dapat A. Alhamdulillah n terima kasih pd Cikgu Mat Daud. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa cikgu.

Lepah abis pmr, masa tu sy tgh tunggu result mrsm. sy ikut papa g solat kt masjid Paya Bemban. terjumpa cikgu Mat Daud. Dr jauh, dia senyum kat sy. Sy terharu dia masih igt lg sy. dia dah pencen n sdg menghabiskan masa lapangnya di rumah dgn berkebun. dan, paling tak sangka dia masih igt. muka sy selalu merah2 bile dia cubit bahu sy. merah tu sbb apa korang? sbb tahan nangis.hehehe.. dia bersyukur sy dh jd orang n nk msuk mrsm. byk kali dia ulang dia rasa bangga sbb sy jd anak murid dia. terharu sy..........

Cikgu Mat Daud, jasa cikgu terlampau banyak pd sy. sbb cikgu, sy belajar erti usaha n belajar. Kalau kita tak usaha, kita tak akan pandai. Belakang parang, kalau lama2 asah pun jd tajam. Cikgu selalu ulang ayat tu dlm kelas kami. sekarang, sy dh paham maksud ayat cikgu.......

TERIMA KASIH CIKGU MAT DAUD DAN SEMUA GURU YANG PERNAH MENGAJAR SAYA.....!!!!!!!!!!!!!

*** Al-fatihah utk cikgu2 sy yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga ditempatkan ke dalam golongan org2 yg beriman.. amin....

Tuesday, May 10, 2011

sayang-sayang si ikan nemo...

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:11 AM 2 comments
Assalamualaikum...

Di suatu petang yg aman damai.

sy tgh dok baik sembang punya ngan cik tun. sekali cik tun terkuar isu pasal ikan nemo. Ok, sblum tuh pd yg tak paham. Apa kaitan ikan nemo dlm cite kitaorg nih??Ikan nemo pd cik tun adalah gelaran utk sy setiap kali sy merajuk dgn dia. sbb dia kata sy emosional. emo=ikan nemo. mcm tu laa... hehehe..

comel kan ikan nemo ni?? :))

Jd, berbalik pd topik asal yer, tuan2 puan.mari ikuti perbualan sy ngan dia. telefon je laa penghubung setia antara kami dua.huhu..

CT : syg, sudah2 laa tuh nti jd ikan nemo yer..
CA : kenapa, abg suka tak syg jd ikan nemo?
CT:tak suka.
CA : cube bg 3 alasan.
CT : syg klu jd ikan nemo mesti suka cakap merapu, xdok mood n pikir bukan2.
CA : alah, syg bukan suka2 nak jd ikan nemo. sbb abg laa syg bertukar. abg xreply msg syg. abg xamik tau pasal syg. mcm syg xwujud. sedih syg. dahlaa dok jauh. sedih nih...
CT : abg xreply tu maksudnye abg busy laa. abg slalu igt syg. syg je yg tak tau.
CA : hmm..
CT : syg sudah2 laa jd ikan nemo yer.setiap kali syg jd ikan nemo, abg susah hati tau.
CA :hmm.. kalau dh xjd ikan nemo.nak jd apa pulak??
CT : jd syg sudah laa.
CA :syg xjanji. tp, emosi pompuan ni xleh nak kawal. dh syg jenis cepat terasa nk buat mcm mana.tp, syg cubalaa kawal emosi n pikir positif.
CT :klu nak sgt bertukar. syg jadi ikan duyung pulak.hahahaha!

aduhai cik tun sy. suh sy jd ikan duyung pulak. kalau cantik mcm maya karin ok jugak kan?abih klu dh versi sy, cam ne rupanya? hahaha..

itu kalau jd duyung...

takut silap channel, bertukar jd ni pulak.....

=

=

=

=

=

DUGONG....! hahaha...

*** apa2, jd laa dr sndr yer.. watak ikan nemo, duyung, dugong n etc tu adalah rencah dlm perhubungan.
***bile terpandang patung nemo kt shopping mall, senyum sorang2 sy jdnye...hehehe

Monday, May 9, 2011

L..o...V...e...

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:25 AM 2 comments

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

***mood : dlm hati ada taman..hik..hik...hik...

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu, mami cayang..!

Posted by Puan Arh_Kenny at 12:15 AM 0 comments

Assalamualaikum...

Selamat hari ibu, mami.

kak ah sayang mami sgt2.
wpun kak ah selalu lawan n xdgr cakap mami.
Tp, mami tak pernah kecil hati dgn kak ah.
Kak ah minta maaf...

syg mami sgt2...

hari ibu xsemestinya hari ni saja.
tiap2 hari kita sebagai anak harus hargai pengorbanan n kasih syg ibu.

Tanpa ibu, siapalah kita...........

Jd, jgn lupa. ingatan untuk korang yg baca dan sy jugak.
Kita baca doa ni sbg amalan kita setiap hari..

Mami... i love u.....

***teringat masa kecik2 kalau kena bebel dgn mami. penah terpikir nak lari umah.
***Nasib baik laa xbuat pun.. hehehe korang pernah rasa mcm ni??

Monday, May 2, 2011

my cerita chinta..:)

Posted by Puan Arh_Kenny at 4:30 PM 2 comments

assalamualaikum,

jawab salam dulu, baru baca okeh? hehe..;p

thn ni, sy byk dgr cite2 happy dr kwn2 sy.Alhamdulillah n tahniah bg mereka yg telah selamat bergelar isteri..;). Tak kurang juga bagi kwn2 sy yg selamat menimang cahaya mata pertama. Malah ada juga yg sedang menanti cahaya mata kedua..( masa sy nanti akan tiba jugak kan.. sy sgt suka ngan baby..*** senyum sorang2)

dok hitung hari2, xsampai sebulan.sy pulak punya turn nti. nervous nih..harap2 semua berjalan lancar.amin.kwn2 sy kt sekolah wpun diorang xde account nk komen kt cni slalu follow baca my blog. (even sy xpenah nk rajin update blog hari2 mcm org lain, tp diorang tetap setia godek2 juga blog sy takut ada entry baru.. sorry yer korang... syg korang lebih sket..hehehe)

so, dok tgh borak2. sekali adalaa kakak ni.

Kak X : eh, arh.akak tgk blog kau dh penuh sawang. bile ko nk post entry baru?
Aku : Xde cite laaa akak.xde mende nk story2.
Kak X : apa kata ko cerita kisah cinta, mcm mana ko tangkap cintun ngan cik tun nih?
Aku : apa....?? mm..nti arh pikir dulu.. ( berangan jap mcm mn leh sangkut ngan cik tun)

korang nak tahu ke...???

pikir jap sambil karang ayat puitis mcm novel..hehehe

mm..... nak tahu ke? nti2 laa sy story...;p

korang tak puas hati dgn jawapan nih?? ( skali feeling mcm artis lak.."mm..no komen"..;p)

wokeh, sy story yer.tp, xleh lebih2 sgt.hehehe

alkisahnye, kami ni tinggal satu kg.tp, xpernah kenal antara satu sama lain. pelik kan?? xde laa pelik sgt kot sbb sy keja kt miri n dia ni pulak jenis xduk kelantan sgt.cuti pjg je ke terengganu..
( ayat cover..hehe) so, kami diperkenalkan oleh mak sepupu sy yg merangkap ade bau2 bacang jugak laa ngan family dia.. hehe. so, kenal n kwn2 skali dia lamar n nk msuk meminang sy. dia tya sy dlm fb okeh.time chattin tuh.sgt tak romantik langsung..

mula2 sy jual mahal sket.heroin mestilah kena jual mahal sket..hahaha. nk bertunang pun byk songeh.cik tun minta tune 3 bln ja.dia xnk ikat lama2.xnak buat dose kering.sy yg ngade2 nk tune setahun laa.tp, si dia tetap sabar.

bile btune nih darah muda, setan slalu dok hasut suh buat benda yg bkn2. so, dlm tempoh btune tu.byk kali juga kitaorg berselisih paham. kdg2 sy yg start cari pasal. sampai cik tun gelar sy 'ikan nemo' sbb slalu emosional xtentu pasal.

dlm btune nih, kita mula kenal hati budi pasangan kita. mula cari n kenal kelemahan serta kekuatan masing2.. sy tertawan jugak dgn cik tun sbb dia jenis relaks n sabar. sy jenis cuak n gelabah sket. dia xpenah paksa sy buat suatu yg sy tak suke n mudah dibawa berbincang... akhirnye sy setuju jugak dgn idea cik tun untuk btune 6 bln saja.( kemain aku dulu, beriye2 nk tune sampai setahun..hahaha)

dan, tarikh 1 JUN 2011 dipilih sbg tarikh penyatuan hati kami...

doakan kami..

cik arh n cik tun...:)
apsal muke sy pucat kt cni ek?xpuas ati..ngee

*** bile buat entry flash back ni, teringat panggilan manja sy pd cik tun mula2 dulu adalah si comel...hehehe..sila jgn loya n muntah di sini....hehehe..;p

Sunday, April 10, 2011

Makin dekat tarikh makin debor.......

Posted by Puan Arh_Kenny at 10:11 PM 2 comments
Assalamualaikumm.......

Jawab salam dl, xjawab berdose..;p

Hitung2 hari ado sebulan lebih sy akan bertukar STATUS.raso berdebar pulak ni. Mcm mana nk berhadapan dgn family2 baru sy... Skill memasak pun bese2 jaa... mau kalu mak mertua sy suruh masak, mcm mana... haruu..ngee...

Sy bkn pandai sgt masak. Setakat lauk2 simple gtu terror laa... Selalu pun tolong mami masak kt dapur ja.. duduk bujang kt miri ni pun kekadang goreng telur n ikan goreng ja.pekena ngan budu n sambal belacan.hehehehe..

Ari tu dah ngadu kt cik tun. dia kt wt rileks jaa.benda tu bleh belajar slow2. nti dia suh berguru ngan ma (bakal mak mertua sy ). lega laa sket bile dgr ayt gtu..hehe.

Tp, sy rasa hal debar ni adalah normal bagi bakal pengantin. btui kan?

sy bertunang 24 Disember 2010

lebar tak ma senyum? (bakal mak mertua sy..:) )

pelamin bertunang. yg ni pakai alas kayu kt katil tu. lepas tu letak tilam kecil n hias cantik2.

win jd model hantaran.tema biru putih. ;p

yg bunga pink tu cupcake.pink n sy mmg tdk bleh dipisahkan.

Pakej bertunang sy :

a) Baju + Tudung : Pinjam baju nikah sepupu
b) Make-up : sndr. sbb tu muka xjauh beza.haha..;p
c) Pelamin : Hasil kerjasama ngan mak sedara yg turun pdg.
d) Hiasan hantaran :Kak ipar n mami punya tgn n idea.

***Mudah-mudahan Allah swt mudahkan urusan n panjangkan jodoh kami.amin..

Friday, April 8, 2011

Stress stress jugak...

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:55 PM 2 comments
Assalamualaikumm....

Korang, jawab salam tu. Kalau tak, berdosa..;p

Tahun 2011 adalah tahun paling stress utk sy.Sebab apa sy kt stress, SEBAB tahun ni sy SANGAT-SANGAT-SANGAT POPULAR DI SEKOLAH....!!!

Tahun paling banyak dapat tugas n jawatan di sekolah.

1) Yg paling UTAMA - Setiausaha Kehormat PIBG SK Lutong

2) Guru Pemulihan Khas (Yg ni mmg tanggungjawab sy sebelum ni)

3) Setiausaha LINUS ( Kena key-in data murid linus, wt minit mesyuarat, handle saringan linus utk thn 2)

4) Ketua Rancangan Makanan Tambahan sesi petang ( waktu rehat, memantau murid2 tahap 1 time amik RMT

5) Guru Perpustakaan (Hello....! Library sy sgt besar n baru!. Sedang dalam percubaan pakai pinjam buku gune Sistem Pustaka. Kire pinjam buku nti scan kodbar buku n kad ahli.Tp, sblum bleh pakai sistem tu kena key-in buku2 baru dlm sistem. byk giler buku baru. dekat 1000 buah. bile nk siap tuh? buku2 lama tgh pending xmsuk dlm sistem lg)

6) Penyelaras NILAM sesi petang ( Yg ni xtahu kenapa Ketua Guru Perpustakaan pilih sy dlm kalangan 12 org guru perpustakaan yg lain. Adakah kerana sy sgt comel?-ayt menyedap hati..huhuhu! )

7) Fasilitator Kem Bestari Solat ( Yg ni xstress sgt sbb setahun hanya 4 kali n just ajar budak basic solat n tekankan bacaan dlm solat. )

Korang mesti kata alaa byk ni pun dh bising... dh stress. Sy akui sy agak lambat buat keja sbb apa sy jenis nk pastikan semua kerja dibuat dgn sempurna. Walau kita hanya manusia yg lemah tp mmg sy jenis cube sedaya upaya nk buat yg terbaik. jd, kekadang byk keja pending tak terbuat. klu ramai yg push minta itu minta ini, sy jd buat keja rush2 n hasilnya mengecewakan sy. maka bertambahlah streeeeeeeeeesssssssssssssss sy.....!

Tp, setakat ni sy masih dpt bertahan n xmeletup lg. harap sy terus tabah n kuat.... !

*** tahun busy ni jugak sy akan bertukar status...
*** bab kata kawan sy, anggaplah dugaan n cabaran ini utk mematangkan sy sblum menghadapi alam seorang ISTERI .

Which one is u..??

Posted by Puan Arh_Kenny at 12:44 AM 0 comments
Salam...

Sesekali kasi intro baur english sket.
"Itulah pentingnya English education ...." bab kata Usop Wilcha..hehe. (Cakap sambil hayun tangan kanan yer tuan/puan.

Sweet pulak tgk kartun kat bawah.
Karakter manusia.
Manusia kan berbeza.
Setiap insan ade trait masing2...

Jom check out apa karakter sy...

a) The good friend ( Suka tlg kwn n akn cuba lyn sebaik mungkin kwn.Tp ramai kt sy sombong padahal sy xpandai nk bergaul dgn orang.Bila dh lama kenal, baru kamceng..:) )

b)The slow one ( Jenis kaki blur jugak. Susah nk paham kalu benda terlalu complicated. Kerja pun jd slow molly laa jawabnye.;p)

c)The shy one (Yg ni mula-mula ja. Bila dh lama, baru korang terkejut iye ke pemalu..;p)

d)The stylist one ( Yg ni ikut mood.klu stress, pakaian simple2 ja.kalu happy, bergaya sakan. siap jaga dr kepala ke kaki semua nk sedondon..hahaha )

e) The one thats always hungry (Asik nak mkn saja keja.risau jugak takut berat badan naik tapi kenapa semua makanan sedap tu sgt menyelerakan sy..huhuhuhu )

f) The funny guy (Mmg suke ketawa. Suke bg org sekeliling ketawa. Awet muda laa katakan..;p)

Lastly...

g) The princess ( Yg ni bila bersama ngan cik tun.manja semacam.umpama puteri di hatinya... sile tahan jgn muntah..hahahaha )

*** So korang yg sedang baca tuh, "Which one is u..??"

Tuesday, February 15, 2011

selamat berarak..!

Posted by Puan Arh_Kenny at 8:07 PM 0 comments
sgt panas sampai tdk dpt membuka mata..hehe

tudung perarakan maulidur rasul sekolah sy thn ni dh sama kaler ngan tanglung kt atas..;p

sambil berarak sambil senyum kt kamera...:)

kitaorg punye papan sepanduk...

Salam..

Selamat menyambut maulidur rasul..:)

Pg td, sek sy join perarakan maulidur rasul kt dewan suarah miri.
Wpun penat berjale tambah track perarakan lg jauh dr thn lepas n kitaorg xmenang apa2 utk kategori pakaian n papan sepanduk, tp sy happy..!

Mmg penat klu pikir2 blik.Klu suh jln sore2 next time, sy rs xmungkin sy akan bjln.tp, sbb bile bjln n selawat reramai sesambil cuci mata sekeliling.. alhamdulillah..! :) semua selamat berjale n selamat tibe tanpa ada yg pengsan or terhidrat.

cuace panas tp semangat ke arah mencintai kekasih kita..junjungan nabi yg penuh tercinta. Nabi Muhammad s.aw. Alhamdulillah n tahniah pd warga sk lutong.. ! :)

sekali sekala letak gamba kt atas pulak yer.hehe

*** tema maulidur rasul kitaorg skali tgk dh mcm wanita umno...;p

Sunday, February 13, 2011

Amik duit dlm keadaan yg SELAMAT..;)

Posted by Puan Arh_Kenny at 8:11 PM 1 comments
Salam,

jumpa lg dl 1st entry utk bln feb.hehe..

Satu hari, (sy xigt tarikh bile tp still in feb la).
Nak pergi shopping brg dapur.(feelin ala2 housewife kejap..;p)
sblum msuk pasar, check purse.
check2 duit xde,jd kena g atm jap.

so, jln cepat2 g atm.
sampai2 sana, tgk ada 4 org guard depan atm.
2 org pakai senapang.
sy pun kt dlm hati.
diorang mesti tgh nk msuk duit dlm atm.
tp, yg feliknye diorang berdiri ja depan atm xbuat apa2.

so, sy pun tya salah sorang guard ctu.
"bleh amik duit ke?"
"eh, bleh2.."

pakcik ni pun cakap kt kwn2 die dlm bahasa iban yg sy tak paham tp sy agak maksud die suh ke tepi kot.
sy pun cucuk laa kad sambil jeling2 ke blkg.
fuiyoo..
4 org guard tu berdiri kt blkg sy mcm ala2 mengawasi gtu.
trus ttiba dr terasa mcm ada bodyguard.
wakakaka...xtahan.

slalu klu sy amik duit mesti amik cepat2 n jeling kanan kiri.
iye laa..nk bjaga2.
sy kan ppuan.
takut ade pencuri ke apa.
org seluk duit dr blkg ke.

tp, hari tu.
sy terasa selamat sekali.
hehehe...

dh siap amik duit segala tu.
br dtg 2 org pompuan.
pakai baju rasmi bank tersebut.

muka cam malu2.
rupa2nya alkisah diorang ni nk g anta duit ke atm.
tp maybe salah paham.
yg pompuan ni igt guard2 ni lambat lg nk bawa duit tu.
so, diorang g mkn2 dl.
sbb tu laa ms sy sampai 4 org guard dok lepak2 depan atm.

bleh jugak mcm tu yer??

wassalam.

***gamba xsnap sbb malu walaupun hati teringin nk sentuh senapang..;p
***maaaf, xbyk update..hihihi

Thursday, January 13, 2011

gile senaman

Posted by Puan Arh_Kenny at 8:58 PM 2 comments

skang ni kan, sy jd gile senaman.
bgn pg2 mesti bersilat bakar kalori dulu.

adakah ini dsebabkan oleh faktor :
1.menyedari bahawa hidup sihat itu penting?
2.kekal slim utk dapat menggayakan fesyen terkini?
3.tabiat lewat mkn mlm yg menyebabkan perut n paha ala2 sudah membesar?

jawapannye adalah ke3..
hehe..
buruk tak perangai sy?
tp, azam 2011 ni.
sy dh insaf.
xmau dh lewat mkn mlm.

ari tu tjumpa kt youtube,senaman ni.
mcm best n mudah ja.
share dgn korang yg bminat..:)

***harap azam suci murni ni jgn jd hangat-hangat-tahi-ayam-sudah-laa-yer...hehe

Saturday, January 8, 2011

BuatSiDia...

Posted by Puan Arh_Kenny at 7:33 PM 4 comments

Buat si pemilik hati...
Sila jaga hati sy dgn baik2..
Doakan kami..:)

Bintang Monolog Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal